Posts

Showing posts from 2011

Sifat marah cermin jiwa tidak tenteram

Kita dituntut bersabar supaya dijauhi daripada ‘rasukan’ kemarahan.  Sifat marah yang datang daripada hati mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang. Orang sabar dapat menahan kemarahan dalam saat genting dan sudah tentu mendapat ganjaran di sisi-Nya. Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.” (Hadis riwayat Ibn Majah) Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Bukanlah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Marah boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan, begitu juga hubungan persahabatan dan kejiranan kerana perasaan marah menyebabkan kita susah melihat kebaikan orang lain serta hilang sifat lemah-lembut. Sedangkan kita tahu Allah menyukai sifat lemah-lembut. Daripada Aisyah, Rasulullah bersabda yang berm

‎10 Petanda Dia Jodoh Kita..

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita : 1. Bersahaja Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kuran

Adakah Anda Bersikap Positif?

Image
Susah untuk dijawap apabila soalan sebegini yang ditanya kepada diri anda bukan? Mengapa? Sebahagiannya merasakan menyebut sesuatu positif tentang diri di hadapan orang lain seolah-olah kita menunjukkan yang bukan-bukan tentang diri sendiri. Atau mungkin juga kita tidak padan untuk menilai diri kita dengan sesuatu yang baik memandangkan terlalu banyak perkara negatif dalam diri kita. Inilah yang kebiasaannya berlaku dalam kehidupan kita. Kita lebih mudah mencari apakah sikap negatif diri daripada melihat di manakah sikap positif kita. Jadi jangan pelik apabila kita menilai orang lain kita lebih cenderung dalam melihat peribadi mereka yang negatif terlebih dahulu berbanding sikap positif mereka. Dan perkara ini bukan mudah untuk kita anjakkan kerana telah sebati dengan pemikiran masyarakat kita. Tapi sebenarnya kita perlu mencari apakah sikap positif dalam diri kita. Mengenal diri sendiri bukan sekadar melihat kelemahan diri sepanjang masa. Maksud muhasabah diri bukanlah bererti kita ha

Mengapa Jiwa Tidak Tenteram? Why ? Why ? Why ? Why ?

Image
Masalah sosial yang parah di kalangan umat Islam sering dikaitkan dengan masalah jiwa yang tidak tenteram. Jiwa yang resah, tertekan dan berserabut boleh melahirkan tindakan yang pelbagai. Adakalanya manusia bertindak di luar batas kemanusiaan disebabkan jiwa yang resah gelisah.   Ustaz Amal , pendakwah dan penasyid, ada menulis di dalam   majalah i   keluaran Ogos 2004 tentang masalah ini. Beliau memetik   Dr `A-idh Al Qarni  dalam kitabnya   La Tahzan  menyebut mengenai empat perkara yang mewariskan kesempitan hidup dan tekanan jiwa;   1.              Tidak reda dengan qadha dan qadar Allah 2.              Terus menerus melakukan maksiat tanpa mahu bertaubat 3.              Hasad dengki sesama manusia 4.              Meninggalkan zikrullah Saya melihat 4 perkara tersebut memang berlaku dengan meluas di kalangan umat melayu sejak akhir-akhir ini. Berapa banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin masyarakat yang kadang-kadang bunyinya macam tidak percaya qadha' dan qad

MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah s.a.w.   telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada   Allah   sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai   Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w.   telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada   Allah s.w.t. , maka   Allah s.w.t.   mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada- Mu ."                         Akhirnya   Allah s.w.t.   mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada   Allah s.w.t.   Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam seb

SAHAM AKHIRAT

Image
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada sahabat dan mereka yang ada berhampiran Baginda pada masa itu.. Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk menkhatam Al-Qur'an dalam masa sesingkat itu. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada ti

Mana Mak?'

Image
Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’ Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. Dua puluh tahun kemudian Jam 6.30 petang Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, “Mana Mak?” Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak ta

22 tanda hari kiamat semakin hampir :

Image
Bismillahirohmanirohim... 1.Sembahyang di abaikan (diringan-ringankan). 2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem. 3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya. 4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya. 5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang. 6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban. 7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya. 8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi. 9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesb

Kata dulang paku serpih, Kata orang kita yang lebih.

Orang Melayu kaya dengan pepatah, simpulan bahasa dan perumpamaan yang boleh menyentuh hati kita apabila ianya digunakan untuk nasihat atau disisipkan di dalam cerita atau sebagainya. Contohnya; Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Umpama tangkai jering. Anak di pangkuan diletakkan, kera di hutan disusui. Umpama mencurahkan air ke atas daun keladi. Seperti pahat dengan penukul . Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan dan banyak lagi. Merujuk kepada pepatah, " Kata dulang paku serpih, Kata orang kita yang lebih,". Kata-kata ini mengingatkan diri kita supaya tidak terlanjur bila membicarakan sesuatu atau memberi teguran kerana ianya membawa maksud seseorang yang suka mendedahkan atau melarang seseorang daripada melakukan keburukan sedangkan dirinya sendiri berkelakuan serupa atau lebih buruk lagi. Bak kata pepatah lagi, kokok berderai-derai, punggung bergelumiang najis. Berlagak memimpin dan membantu orang lain tetapi diri sendiri dip