Posts

Showing posts from August 14, 2011

SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “ Apa yang kamu perbincangkan ?”. Kami menjawab: “ Kami sedang berbincang tentang hari qiamat “. Lalu Nabi saw. bersabda: “ Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh  macam tanda-tandanya “. Kemudian beliau menyebutkannya: Asap, Dajjal , Binatang, Terbit matahari dari tempat tenggelamnya, Turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Yakjuj dan Makjuj , Tiga kali gempa bumi, sekali di timur,sekali di barat dan Yang ketiga di Semenanjung Arab Yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (H.R. Muslim)

3 Penipuan Yang Diharuskan Dalam Islam

قال النبى صلى الله عليه وسلم كل الكذب يكتب على ابن آدم إلا ثلاث , الرجل يكذب فى الحربِ , فإن   الحربَ  خدعة , والرجل يكذب على المرأة فيرضيها , والرجل يكذب بين الرجلين ليصلح بينهما رواه السَنَى  : تحذيب أطراف الحديث  الصفحة : 22    الجزء الثانى Semua penipuan akan ditulis atas anak Adam melainkan 3 perkara: Lelaki yang berbohong ketika dalam medan peperangan. kerana berperang mesti melalui helah atau tipu daya. Lelaki berbohong kepada isteri supaya isteri menyukainya. Lelaki berdusta kerana muslihat diantara dua orang yang bertelingkah atau berkelahi.