Posts

Showing posts from September 4, 2011

Etika-etika Peperangan Dalam Islam

* Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya. Contohnya pada zaman Abu Bakar al-Siddiq, sewaktu menggempur wilayah Hirah, baginda telah memberikan 3 pilihan kepada musuh Islam iaitu menganut Islam, berdamai atau berperang. * Islam hanya membenarkan umatnya berperang seandainya mereka diperangi terlebih dahulu.   (do not fire unless fired upon)   Contohnya, dalam Perang Badar. * Dalam ekspedisi peperangan  tentera Islam tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya usaha seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta . * Tentera Islam   dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaan darurat . Ini membuktikan Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan. * Islam menetapkan etika peperangan   tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah   atau kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam. * Islam   me