Posts

Showing posts from September 11, 2011

Kata dulang paku serpih, Kata orang kita yang lebih.

Orang Melayu kaya dengan pepatah, simpulan bahasa dan perumpamaan yang boleh menyentuh hati kita apabila ianya digunakan untuk nasihat atau disisipkan di dalam cerita atau sebagainya. Contohnya; Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Umpama tangkai jering. Anak di pangkuan diletakkan, kera di hutan disusui. Umpama mencurahkan air ke atas daun keladi. Seperti pahat dengan penukul . Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan dan banyak lagi. Merujuk kepada pepatah, " Kata dulang paku serpih, Kata orang kita yang lebih,". Kata-kata ini mengingatkan diri kita supaya tidak terlanjur bila membicarakan sesuatu atau memberi teguran kerana ianya membawa maksud seseorang yang suka mendedahkan atau melarang seseorang daripada melakukan keburukan sedangkan dirinya sendiri berkelakuan serupa atau lebih buruk lagi. Bak kata pepatah lagi, kokok berderai-derai, punggung bergelumiang najis. Berlagak memimpin dan membantu orang lain tetapi diri sendiri dip

Jom lihat mengapa wanita islam perlu bertudung..

Image
1) Tuntutan agama Islam yang suci. - Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa dengan teruk dalam keadaan itu? Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak  menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya. 2) Mengurangkan dosa daripada terus dimurkai ALLAH -Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat.  Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang akan anda temui hampir siap hari. 3) Lebih cerdik,selesa dan sihat -Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapa