Posts

Showing posts from October 23, 2011

MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah s.a.w.   telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada   Allah   sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai   Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w.   telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada   Allah s.w.t. , maka   Allah s.w.t.   mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada- Mu ."                         Akhirnya   Allah s.w.t.   mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada   Allah s.w.t.   Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam seb