Posts

Showing posts from January 2, 2011

Gajet idaman terhebat

Image
MEMILIKI gajet sememangnya menjadi idaman kepada kita. Maka tidak hairan gajet-gajet seperti telefon pintar, permainan konsol, pemain multimedia, pemain MP3, televisyen LCD dan sebagainya sentiasa laris apabila diperkenalkan di pasaran. Bagaimanapun, manusia tidak pernah puas. Gajet-gajet biasa atau kecil sedemikian mungkin tidak mampu memuaskan mereka yang bercita-cita besar yang inginkan gajet hebat yang sebelum ini hanya dapat dilihat dalam televisyen. Berikut ialah beberapa gajet hebat yang dicipta tahun ini dan juga sebelumnya tetapi kecanggihannya sememangnya akan mengkagumkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Sayap berkuasa jet Keinginan manusia untuk terbang seperti burung sememangnya telah bermula sejak awal tamadun manusia lagi. Maka tidak hairanlah antara ciptaan terawal masa dahulu ialah sayap yang diperbuat daripada pelbagai bahan termasuk bulu ayam bertujuan menerbangkan manusia. Tetapi semuanya gagal dan kenderaan seperti kapal terbang dan helikopter menjadi pilihan manusi