Mengapa Jiwa Tidak Tenteram? Why ? Why ? Why ? Why ?
Masalah sosial yang parah di kalangan umat Islam sering dikaitkan dengan masalah jiwa yang tidak tenteram. Jiwa yang resah, tertekan dan berserabut boleh melahirkan tindakan yang pelbagai. Adakalanya manusia bertindak di luar batas kemanusiaan disebabkan jiwa yang resah gelisah. Ustaz Amal , pendakwah dan penasyid, ada menulis di dalam majalah i keluaran Ogos 2004 tentang masalah ini. Beliau memetik Dr `A-idh Al Qarni dalam kitabnya La Tahzan menyebut mengenai empat perkara yang mewariskan kesempitan hidup dan tekanan jiwa; 1. Tidak reda dengan qadha dan qadar Allah 2. Terus menerus melakukan maksiat tanpa mahu bertaubat 3. Hasad dengki sesama manusia 4. Meninggalkan zikrullah Saya melihat 4 perkara tersebut memang berlaku dengan meluas di kalangan umat melayu sejak akhir-akhir ini. Berapa banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin masyarakat yang kadang-kadang bunyinya macam tidak percaya qadha' dan qad