Posts

Showing posts from November 6, 2011

Adakah Anda Bersikap Positif?

Image
Susah untuk dijawap apabila soalan sebegini yang ditanya kepada diri anda bukan? Mengapa? Sebahagiannya merasakan menyebut sesuatu positif tentang diri di hadapan orang lain seolah-olah kita menunjukkan yang bukan-bukan tentang diri sendiri. Atau mungkin juga kita tidak padan untuk menilai diri kita dengan sesuatu yang baik memandangkan terlalu banyak perkara negatif dalam diri kita. Inilah yang kebiasaannya berlaku dalam kehidupan kita. Kita lebih mudah mencari apakah sikap negatif diri daripada melihat di manakah sikap positif kita. Jadi jangan pelik apabila kita menilai orang lain kita lebih cenderung dalam melihat peribadi mereka yang negatif terlebih dahulu berbanding sikap positif mereka. Dan perkara ini bukan mudah untuk kita anjakkan kerana telah sebati dengan pemikiran masyarakat kita. Tapi sebenarnya kita perlu mencari apakah sikap positif dalam diri kita. Mengenal diri sendiri bukan sekadar melihat kelemahan diri sepanjang masa. Maksud muhasabah diri bukanlah bererti kita ha