Posts

Showing posts from November 27, 2011

Sifat marah cermin jiwa tidak tenteram

Kita dituntut bersabar supaya dijauhi daripada ‘rasukan’ kemarahan.  Sifat marah yang datang daripada hati mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang. Orang sabar dapat menahan kemarahan dalam saat genting dan sudah tentu mendapat ganjaran di sisi-Nya. Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.” (Hadis riwayat Ibn Majah) Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Bukanlah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Marah boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan, begitu juga hubungan persahabatan dan kejiranan kerana perasaan marah menyebabkan kita susah melihat kebaikan orang lain serta hilang sifat lemah-lembut. Sedangkan kita tahu Allah menyukai sifat lemah-lembut. Daripada Aisyah, Rasulullah bersabda yang berm