Posts

Showing posts from October 9, 2011

22 tanda hari kiamat semakin hampir :

Image
Bismillahirohmanirohim... 1.Sembahyang di abaikan (diringan-ringankan). 2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem. 3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya. 4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya. 5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang. 6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban. 7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya. 8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi. 9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesb