Kata dulang paku serpih, Kata orang kita yang lebih.

Orang Melayu kaya dengan pepatah, simpulan bahasa dan perumpamaan yang boleh menyentuh hati kita apabila ianya digunakan untuk nasihat atau disisipkan di dalam cerita atau sebagainya. Contohnya; Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Umpama tangkai jering. Anak di pangkuan diletakkan, kera di hutan disusui. Umpama mencurahkan air ke atas daun keladi. Seperti pahat dengan penukul . Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan dan banyak lagi.

Merujuk kepada pepatah, " Kata dulang paku serpih, Kata orang kita yang lebih,". Kata-kata ini mengingatkan diri kita supaya tidak terlanjur bila membicarakan sesuatu atau memberi teguran kerana ianya membawa maksud seseorang yang suka mendedahkan atau melarang seseorang daripada melakukan keburukan sedangkan dirinya sendiri berkelakuan serupa atau lebih buruk lagi. Bak kata pepatah lagi, kokok berderai-derai, punggung bergelumiang najis. Berlagak memimpin dan membantu orang lain tetapi diri sendiri dipenuhi dengan keburukan dan kelemahan atau lebih teruk lagi. Adakah pada masa sekarang perkara seperti ini masih berlaku dalam masyarakat kita atau keadaannya semakin teruk. Di mana silapnya. ketika masyarakat semakin ramai berilmu, berpangkat, berharta dan berkuasa, adakah wajar perkara ini berlaku bertambah rancak dan bertambah subur.


Pepatah ini mengingatkan kita supaya orang yang sememangnya terlibat di dalam sesuatu keburukan, jangan melibatkan diri dalam mencegah perbuatan tersebut kerana tindakan itu tidak berkesan dan mungkin juga masyarakat akan menuding jari balik kepada kita. Rangkaikata yang indah ini terkeluar dari bibir mulut orang Melayu tentulah berdasarkan pengalaman dan peristiwa demi peristiwa yang berlaku di kalangan mereka. Adakah pada zaman IT ini perkara ini masih berlaku dan berterusan. Namun demikian bukan bermakna kita terpaksa menunggu sehingga diri kita bersih dan suci seratus peratus baru hendak mencegah kemungkaran dan keburukan, tidak mungkin manusia ini maksum, tiada siapa yang tidak melakukan kesalahan dan kesilapan, di mana bumi yang tidak ditimpa hujan.

Cuba fikirkan.......kalau....,
Perompak menjerit, perompak..... perompak..... perompak ! ! ! sambil menunjukkan kepada orang lain.
Dan begitu juga pencuri menjerit, pencuri.... pencuri... pencuri ! ! ! .......
Pengamal rasuah pula telibat dalam gagasan pencegah rasuah tentulah akan berlaku harapkan pagar, pagar makan padi........... Dulu cerita begini hanya boleh ditonton di dalam filem Hindustan sahaja. sekarang entahlah kalau telah berlaku di luar sana. Tetapi pernah terbaca di dalam akhbar tempatan mengenai cerita mangsa ragut dimangsakan dua kali oleh peragut, apabila peragut menunjukkan kepada mangsanya dan menjerit.. peragut,... peragut, .... peragut, sebaik sahaja mangsa tersebut diragutnya, akhirnya mangsa ragut dibelasah orang ramai yang berada di situ. Sudahlah mangsa kehilangan wang, ditambah lagi dengan kesakitan yang tidak sepatutnya berlaku. Perancangan seperti ini bukanlah sesuatu yang baru kerana pernah berlaku ke atas Nabi Yusof pada suatu ketika dahulu.

Terdapat di kalangan manusia di dunia ini mengambil contoh yang tidak baik dan diimplikasikan di dalam kehidupan mereka sehingga masyarakat turut menjadi keliru dan rosak manakala kerosakan tersebut sukar hendak diperbaiki lagi. Sekali lagi keinginan untuk hidup di dalam kehidupan yang bersih dan suci, berakhir dengan kegagalan dan kemusnahan. Itulah realiti kehidupan di dunia. sesiapa yang mengambil sunnah sebagai pegangan hidupnya mereka akan terlepas daripada perangkap tersebut. sesiapa yang lalai dan lagha akan terjerumus ke dalam perangkap kemusnahan. Kejahatan sering memperlihatkan kepada kita kemenangan dan kecemerlangan tetapi ianya hanya buat sementara sahaja. Kebenaran dan kebaikan kadang-kadang lambat tertunjul tetapi ianya mempunyai ketahanan yang kekal abadi. Biar lambat asal selamat.

(Kalau hendak ketahui kisah yang lebih besar dan sarat dengan pengajaran bacalah kisah dalam Surah Yusof.)

Keadaan seperti di atas kita perlu berhati-hati.Nampaknya kita perlu sering mengamalkan solat sunat istikhorah supaya tanggapan kita tidak tersasar dan meningkatkan lagi doa harian kita kerana penilaian yang diberi oleh akal kadang-kadang menyimpang jauh dari kebenaran dan terbabas teruk, untuk ini rasanya doa yang paling sesuai ialah doa seperti berikut;
" Ya Allah kami pohonkan iman yang kukuh, hati yang khusyuk, ilmu yang bermanfaat, amalan yang solih, yakin pada yang benar, ........ " wallahu aklam


Firman Allah bermaksud,
" Adakah patut kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan dan kamu lupa dirimu sendiri, sedangkan kamu membaca kitab. Tidakkah kamu memikirkan ?".
surah al.Baqarah (44)

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Islam menyuruh umatnya berbuat baik tetapi hendaklah mengikut peraturan dan panduan yang telah ditetapkan di dalam al.Quran dan as.Sunnah dan Islam melarang kita melakukan kejahatan walau pun sebesar zarah atau sebesar kuman sekali pun, sekiranya terlanjur melakukannya walau pun sedikit tetap akan dikira dosa.

Firman Allah bermaksud;
Barangsiapa mengerjakan kebaikan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya (balasan) kebaikan itu. (7)
Barangsiapa mengerjakan kejahatan, meskipun seberat zarah, akandilihatnya (balasan) kejahatan itu.


Umpama tangkai jering.
Jering adalah sejenis pokok yang mana buahnya dimakan sebagai ulaman, selain daripada itu jering juga dikatakan boleh menyembuhkan penyakit kencing manis, karang batu dan melawaskan buang air kecil . Dalam satu tangkai mengandungi banyaklah buahnya. Kalau kita mengharapkan buahnya jatuh dengan sendiri pasti kita akan kecewa kerana tangkainya sangat kuat melekat pada dahannya. Sebab itulah agaknya orang yang kedekut diumpamakan seperti tangkai jering.

Sesungguhnya Islam melarang umatnya kedekut atau bakhil, sebaliknya Islam menggalakkan orang berharta atau kaya supaya bersedekah, Sedekah ini pula terbahagi kepada dua jenis iaitu sedekah wajib dan sedekah sunat.
Sedekah wajib ialah zakat harta dan zakat fitrah manakala sedekah sunat ialah sedekah yang dikeluarkan secara sukarela yang tidak dikaitkan dengan apa-apa tuntutan wajib. Dilakukan semata-mata ingin mendapatkan pahala atau keredaan Allah.

Sabda Rasulullah.s.a.w. yang bermaksud;
" Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah "

Mafhumnya;
Orang yang memberi sedekah adalah lebih mulia berbanding dengan orang yang menerimanya.

Renungilah warisan kita ini.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysia expects more than RM1.3 billion revenue from healthcare tourism in 2017

Israel Dedah Rahsia Arab Saudi

Trio assaulted for honking at cars