Rahsia TANGKAI durian
TAZKIRAH Prof. Ahmad Kamil Ibrahim
PETUA
Kami singgah di R&R Sungai Perak. Timbunan buah durian baru menggamit keinginan.
"Berapa sekilo?"
"Hari ini punya RM15. Semalam RM8."
Begitulah nilai baru dan sedikit lama pada sebiji durian. Jika lebih lama ia sesuai menjadi tempoyak.
'Boleh kopek dan masukkan dalam container plastik. Nanti berbau kereta ..."
"Tuan ... itu mudah sahaja." Beliau mencantas tangkal buah dan belah tengah tanpa putus.
"Tuan ... ini petua. Selit pada saluran air-cond. Kereta tidak berbau." Begitu yakin beliau melafazkannya. Saya sambung ...
"Insyaallah."
"Minum air di dalam paksanya ... Menyejukkan badan.
Juga ... Masukkan air ke dalam paksanya, basuh tangan selepas makan durian menyebabkan tangan tidak berbau."
Kami makan seulas dua. Basuh tangan dengan saranan beliau dan hasilnya menakjubkan.
Perjalanan kami pulang ke Shah Alam terselit dengan wangian durian dari bahagian belakang kereta. Hati saya mengutuk . "karut ..."
Saya melupakannya apabila tiba di rumah.
Kemudian bergegas ke Rawang menyampaikan kuliah Maghrib. Terlupa isu durian kerana tiada bau yang biasanya melekat di dalam kereta.
Pagi ini ... saya terpandang tangkal yang masih terselit pada saluran air-cond. Saya tarik nafad panjang-panjang mencari bau.
Sungguh ... Tiada!
Subhanallah ... Maha Suci Allah yang menjadi pelbagai buah-buahan dengal pelbagai profail.
Durian ... isinya yang lazat ... baunya ... Kulitnya.
Ada kebesaranNya bagi mereka yang mahu berfikir.
Nota: Ramai yang nencuba arang atau roti untuk menghilangkan bau durian di dalam kereta.
Setakat ini ... Tangkal durian terbaik mengikut pengalaman saya.
Comments
Post a Comment