Pelakon Jalaluddin Hassan selamat bernikah dengan isteri baru

KUALA LUMPUR: Pelakon versatil, Datuk Jalaluddin Hassan, sah bergelar suami kepada Rapidah Abd Ghani, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, di sini 12 Nov, kira-kira jam 10.55 pagi tadi.
Menurut laporan media Malaysia, Jalaluddin, 63 tahun, dinikahkan abang kepada Rapidah, 44 tahun, yang juga penggiat teater, Lokman Abd Ghani di hadapan Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Mohd Faisal Mohd Noor, dengan mas kahwin RM300.
Majlis turut disaksikan bapa Jalaluddin, Tan Sri Hassan Azhari, 89.
Perkenalan selama empat bulan menerusi laman sosial Facebook menyatukan pasangan yang tampil dengan persalinan rona putih itu.
Rapidah yang juga ibu tunggal, turut menerima lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000 dan dibalas tujuh dulang hantaran.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysia expects more than RM1.3 billion revenue from healthcare tourism in 2017

Israel Dedah Rahsia Arab Saudi

Trio assaulted for honking at cars