Search This Blog

Loading...

Monday, November 29, 2010

Aduan kakitangan awam biadab meningkat

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes membabitkan penjawat awam berlaku biadab dan bersikap perkauman terhadap orang ramai.
Beliau berkata, masalah salah laku penjawat awam terutama yang bertugas di barisan hadapan tersebut disedari meningkat berdasarkan peningkatan aduan yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam (BPA).
"BPA menerima lebih 60 aduan dari seluruh negara setiap bulan yang membabitkan penjawat awam bersikap kasar, biadab dan menyentuh isu perkauman sehingga menimbulkan rasa kemarahan pengadu dan rakyat," katanya pada sidang akhbar di pejabat BPA Perak di sini semalam.

No comments:

Post a Comment