Waspada ancaman penjajahan minda, semangat dan jati diri


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak terperangkap dalam ancaman penjajahan baru yang menyasarkan serangan ke atas minda, semangat dan jati diri penduduk.
Beliau berkata, rakyat tidak boleh terus leka dan menganggap bahawa kemerdekaan yang sudah dicapai sejak 54 tahun lalu bermakna negara ini sudah bebas daripada sebarang bentuk ancaman penjajah.
“Ancaman baru bukan lagi dalam bentuk ketenteraan, tetapi lebih kepada bentuk penjajahan minda, semangat dan jati diri.
“Sambutan kemerdekaan pasti akan menjadi sangat bermakna jika kita dapat membentuk minda yang ampuh, hati yang sentiasa terbakar dengan semangat patriotik dan apabila hala tuju negara sentiasa menjadi dokongan utama setiap rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang di Stesen Sentral Kuala Lumpur pada Rabu.
Najib berkata, rakyat Malaysia amat terhutang budi kepada pejuang dulu yang sudah mengasaskan negara, sama ada menerusi perjuangan dengan mengangkat senjata atau menggunakan kepintaran akal dan hujung lidah sehingga Malaysia berjaya memperoleh kemerdekaan.
“Oleh itu, erti kemerdekaan bukan lagi semata-mata dengan mengibar Jalur Gemilang, tetapi berusaha habis-habisan bagi membawa negara kita ke tahap kejayaan yang jauh lebih hebat,” katanya.
Perdana Menteri berkata, empat warna pada Jalur Gemilang perlu difahami kerana ia melambangkan hala tuju negara berteraskan prinsip yang melonjakkan Malaysia ke tahap yang lebih gemilang.
Sementara itu, Rais berkata, sambutan rasmi Hari Kemerdekaan ke-54 tahun ini akan dianjakkan pada 16 September depan bagi membolehkan umat Islam negara ini menyambut Aidilfitri yang dijangka pada 30 Ogos ini.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysia expects more than RM1.3 billion revenue from healthcare tourism in 2017

Israel Dedah Rahsia Arab Saudi

Trio assaulted for honking at cars