Posts

Kata dulang paku serpih, Kata orang kita yang lebih.

Orang Melayu kaya dengan pepatah, simpulan bahasa dan perumpamaan yang boleh menyentuh hati kita apabila ianya digunakan untuk nasihat atau disisipkan di dalam cerita atau sebagainya. Contohnya; Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Umpama tangkai jering. Anak di pangkuan diletakkan, kera di hutan disusui. Umpama mencurahkan air ke atas daun keladi. Seperti pahat dengan penukul . Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan dan banyak lagi. Merujuk kepada pepatah, " Kata dulang paku serpih, Kata orang kita yang lebih,". Kata-kata ini mengingatkan diri kita supaya tidak terlanjur bila membicarakan sesuatu atau memberi teguran kerana ianya membawa maksud seseorang yang suka mendedahkan atau melarang seseorang daripada melakukan keburukan sedangkan dirinya sendiri berkelakuan serupa atau lebih buruk lagi. Bak kata pepatah lagi, kokok berderai-derai, punggung bergelumiang najis. Berlagak memimpin dan membantu orang lain tetapi diri sendiri dip...

Jom lihat mengapa wanita islam perlu bertudung..

Image
1) Tuntutan agama Islam yang suci. - Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa dengan teruk dalam keadaan itu? Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak  menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya. 2) Mengurangkan dosa daripada terus dimurkai ALLAH -Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat.  Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang akan anda temui hampir siap hari. 3) Lebih cerdik,selesa dan sihat -Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cu...

Etika-etika Peperangan Dalam Islam

* Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya. Contohnya pada zaman Abu Bakar al-Siddiq, sewaktu menggempur wilayah Hirah, baginda telah memberikan 3 pilihan kepada musuh Islam iaitu menganut Islam, berdamai atau berperang. * Islam hanya membenarkan umatnya berperang seandainya mereka diperangi terlebih dahulu.   (do not fire unless fired upon)   Contohnya, dalam Perang Badar. * Dalam ekspedisi peperangan  tentera Islam tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya usaha seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta . * Tentera Islam   dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaan darurat . Ini membuktikan Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan. * Islam menetapkan etika peperangan   tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah   atau kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pem...

Lirik Lagu Negaraku... Untuk dihayati bersama

Negaraku Tanah tumpahnya darahku , Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta , Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Raja kita selamat bertakhta

Sumpah Ahli Dewan Rakyat...

...Tapi Ramai Yang Bercakap Dalam Dewan  Mempertikaikan Perlembagaan... " Saya, (.........Nama........), setelah dipilih sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat adalah dengan ini mengangkat sumpah/berikrar dengan sesungguhnya bahawa saya akan menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan jujur dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpukan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaannya

Wasiat Raja-raja Melayu

Wasiat Raja-raja Melayu  merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan semasa  Raja-Raja Melayu  semasa menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957  7 wasiat Kami namakan dan kami panggil dia,  bumi  yang kamu pijak dan  langit  yang kamu junjung  PERSEKUTUAN TANAH MELAYU  (sekarang dikenali dengan nama  Malaysia ); Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain  gunung-ganang ,  tasik  dan  hutan simpan ,  TANAH SIMPANAN MELAYU  sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain; Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan  REJIMEN ASKAR MELAYU  selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara; Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan  RAJA-RAJA MELA...

SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “ Apa yang kamu perbincangkan ?”. Kami menjawab: “ Kami sedang berbincang tentang hari qiamat “. Lalu Nabi saw. bersabda: “ Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh  macam tanda-tandanya “. Kemudian beliau menyebutkannya: Asap, Dajjal , Binatang, Terbit matahari dari tempat tenggelamnya, Turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Yakjuj dan Makjuj , Tiga kali gempa bumi, sekali di timur,sekali di barat dan Yang ketiga di Semenanjung Arab Yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (H.R. Muslim)